16 August 2011

M.A.L.A.S

Ya Allah, berhabuk dah blog ni... seminggu x update pape...ni sume disebabkan oleh ke'bz'an menyiapkan hamper raya la... huhuhuhu....

Ok la, sat lg nak pi meeting dengan Shell... nnt update lgi...huarghhhh.....

08 August 2011

Selamat Pagi

Berhabuk dah dashboard ni...xbukak2 lgsg weekend ni..
punye la bz bile dh balik Klang ni...
Sebenarnya, sprt tahun2 lepas...Aku ade buat HAMPER RAYA. Sebenarnya request by RJH je. Tp tahun ni, ade plak rezeki tambahan. Rezeki lps berkahwin ni kan. Alhamdulillah....

Sprt tahun2 lepas, aku ade buat 2 hamper diff size.

Premium : RM 160.00
4 types of biscuits : TART / MAMA CARRIES / CHOCKY ROCK / COKLAT CHIP
Delivery : Available
Color of wrapper : According to your  taste

Basic : RM 130.00
3 types of biscuits : TART / MAMA CARRIES / CHOCKY ROCK or COKLAT CHIP
Delivery : Available
Color of wrapper : According to your  taste


***************************


Tarikh tutup utk tempahan 17/8/2011
Penghantaran akan dilakukan pada 22 - 27 / 8 /2011


*Tart & Mama carries : Aini's cookies*
*Chocky Rock & Coklat Chip : Shikin's cookies*



****************
Order Update :
1) Tn Hj Rashid  : 11 Premium
2) RJH Forwarding : 3 Premium 27 Basic
3) RJH Transport : 11 Basic

04 August 2011

~ Bila Fi'li, Qalbi & Qauli Tidak Sekata ~


Wah, tajuk...gempak kot...
Semalam balik dri solat terawih di Masjid Al Iman, tetiba aku dapat idea nak tulis tajuk ni...
Erm....mesti korg ckp, tajuk ak cam haremmmm je kn.. tp korg tau x impaknye bile  Fi'li, Qalbi & Qauli x sekata?
Impaknya... xde lgla KEIKHLASAN dlm melakukan apa2 pekerjaan @ ibadah...

Nak cth???

Contohnye time zaman kecik2 la...mesti mak korg de sruh gi kedai beli gula ke, beli ape2 la...
Pulak tu korg ngah syok tgk cite Dragon Ball...
ha, ape korg jwb kalo mak korg sruh gi kedai?

# kejap mak..kejap...
# ok..ok.. (tp x gerak2)
# ye mak...ye... (pon x gerak2 jgak)

Last2, mak korg duk depan mate korg smbil jegilkan mata, baru pulun nak lari pi kedai...
Tp, time korg g kedai tu, ape berlaku?

Ha.... mulut (QAULI) duk bebel2, sbb mak sruh gi kedai, tp,bdan korg g gak kedai tu (FI’LI)..sbb terpaksa kan? Hati korg ckp pe (QOLBI), huish…mcm2 la korg mengata dlm hati tu…..

Jadi kat sini, dripda dpt pahala bantu mak korg, dh dpt mende len…gara2 x ikhlas…

Samela mcm kite bekerja hari2 , Solat 5 waktu, Solat teraweh ke, ape je la…kalo Qauli, Qolbi dan Fi’li tu x sekata, baik korg betolkan balik niat tu.. kalo x, sia2 ibadah yg kita kerjakan tu… wallahualam…

*Jgn plak gi terawih sbb mak sruh…then korg terpaksa buat… Sucikan hati bersihkan diri…*

03 August 2011

~ Buah Melaka di Ulu Klang ~

Alkisah juadah berbuka puasa semalam... Mak Mertua bg menu, Ayam Masak Merah, Kangkung Goreng Belacan & Pari Bakar. Menu tambahan aku, Goreng Belada Kentang. 
Then, aku rase lauk pauk ni x best kalo xde kuih... 
So, aku buat la buah melaka.. kuih ni yg slalu aku buat time study dlu, ngan rumet ak... 
*rindu plak saat2 tu*
Ha...berbalik psal Buah Melaka tu.... aku ni dah x ckup tgn nak masak semua tu sorg2..nak menggentel kuih lagi... so, aku buat keputusan sruh Suami aku ngan adik ipar aku buat kuih....

1st time dorg buat kuih muih ni... syok gak la bertiga kat dapur..tp yg paling kelam kabut Suami aku la... duk kelam kabut nak memasak kuih tu..smangat betol....

x sangka, waktu berbuka kuih tu jd HOT ITEM... sampai ke sahur Abah Mertua aku carik kuih tu...
dan harini...Mak Mertua aku request lgi kuih tu...So, time for EN SUAMI & AIN beraksi lagi didapur...
Tp, hrini mcm nak tambah bubur cendel la..hehehehe...
Ok la...Nak start masak dah... 
Menu hari ni : Sawi tumis sos tiram, Kurma Daging, Goreng Belada Kentang (permintaan mak mertuaku lag), Bubur Cendel, Buah Melaka...

*Selamat Berbuka*

MUSIBAH : MENUJU KEBAHAGIAAN



Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka.

Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan.
Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT :
“Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya…”( At-Taghabun:11).
Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”.
Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita. Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, hati kita berubah.Cuba renungkan firman Allah ini:
“Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155).
Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan. Ringkasnya apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai. Kita harus memperbanyakkan beristighfar, membaca selaluinnalillahhiwainnailaihirajiuun dan sebagainya.
Disamping itu, jadikan Alquran, sebagai teman. Berdoalah kepada Allah untuk memohon bantuan, dan diberikan keringanan dalam urusan. Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:
“Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu”.
Bagi mengelakkan kita dari terus mengingati situasi sedih yang dihadapi maka kita hendaklah melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, menghadiri ceramah, mengunjungi saudara mara dan sebagainya. Seterusnya kita hendaklah bertawakkal kepada Allah setiap masa dalam apa jua keadaan.Firman Allah dlm surah Al-Maidah ayat 23:
“…dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman”.
Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali ditimpa kegelisahan dan kesempitan. Maka ucaplah Hasbunallah Wanikmal Wakil yang bermaksud :, Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”.(Az-Zumar:10).
Sebagai kesimpulannya, tiada masalah tanpa penyelesaiannya. Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit mempunyai penawarnya. Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah dan sebagai jalan menuju bahagia. Ingatlah janji Allah di dalamsurah Al-Insyirah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.

02 August 2011

 :: AZAM ::  
*bkn azam anak makcik joyah tu tau...*

Perghhhh...tajuk je dah x ble blah..
Sebenarnya, azam aku ni dari tahun lepas dan lepas2nye lg...
TAPI...
X penah la nak tercapai, bila dah habis Ramadhan sure aku masih kat tengah2 lgi...
Memandangkan tahun ni dah berdua... Harap2 AZAM baru aku akan tercapai...
Aduh... aku ni asik bebel2 je, tp x bgtau lg ape azam aku kan...
Bulan Ramadhan thun ni, kalo dptla..aku nak....

......

....

...

..

.

Azam Ramadhan aku kali ni...
Aku nak KHATAM Al-Quran...
Doakan la aku dpat setelkan Azam ni sblm 1 Syawal ...


*Selamat Berpuasa Kawan2*







01 August 2011

1st Ramadhan

Alhamdulillah, hrini dpt menunaikan ibadah puasa dgn jayanya..huhuhuu.. *mcm bdak2 kecik plak kan* 
Syukur jgak sbb kali ni berkesempatan berbuka bersama kluarga mertua... *1st time pose sesamekan..excited*
Harini ak msak lauk asam pedas ikan tenggiri, masak lemak kobis & sambal goreng tempe + tahu....
cuak gak time berbuka td..asikla ak ckp kt mak mertua...tkot x sedap... mak mertua ak plak sempoi...dia jwb, xpela..org puasa,mestila xdpt rase...tp Alhamdulillah, lauk tu smuanya ok..walaupun ade yg terkrg garam,terlebih asam...tp dorg mkn je,cam xde pape...

Lps Isyak td, ak jgak berkesempatan menunaikan solat sunat terawih. Ak buat kat Masjid kemensah tu.. Ak pon xtau nme Masjid tu ape... tp, ape yg PENTING!!!! Imam dia...pergh....cair Iman kalo ade ramai Imam mcm tu kt Bumi ni...Ya Allah, dia pnye bacaan, beralun2...mendayu2...itu bru bacaan je... fi'li dia...Subhanallah...lajunye... sian kat makcik2 tu, xdpt nak kejar...huhuhuhu....
Rupa2nya, dia ni Imam yg dihantar oleh JAIS utk bulan Ramadhan ni... nama dia USTAZ FIRDAUS *name seindah syurga*....Dia ni bekas pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum..dan skrang ngah duk smbg study kat UIA... time diperkenalkn td, ade gak dgr soseh-soseh kat blkg tu..makcik2 kt situ sure duk pakat nak jdikan menantu...huhuhuhu... *sape xnk...dpt seorg hafiz dlm keluarga..leh slamatkan 10ahli keluarga yg len di akhirat kelak...wallahualam*

*balik masjid td sempat smbg jahit manik bju mak mertua...lagi sikit je nak siap tu*

ok la....nak stop la...sat lg nk bgun sediakan sahur plak...
Wassalam...