03 August 2011

MUSIBAH : MENUJU KEBAHAGIAAN



Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka.

Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan.
Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT :
“Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya…”( At-Taghabun:11).
Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”.
Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita. Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, hati kita berubah.Cuba renungkan firman Allah ini:
“Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155).
Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan. Ringkasnya apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai. Kita harus memperbanyakkan beristighfar, membaca selaluinnalillahhiwainnailaihirajiuun dan sebagainya.
Disamping itu, jadikan Alquran, sebagai teman. Berdoalah kepada Allah untuk memohon bantuan, dan diberikan keringanan dalam urusan. Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:
“Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu”.
Bagi mengelakkan kita dari terus mengingati situasi sedih yang dihadapi maka kita hendaklah melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, menghadiri ceramah, mengunjungi saudara mara dan sebagainya. Seterusnya kita hendaklah bertawakkal kepada Allah setiap masa dalam apa jua keadaan.Firman Allah dlm surah Al-Maidah ayat 23:
“…dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman”.
Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali ditimpa kegelisahan dan kesempitan. Maka ucaplah Hasbunallah Wanikmal Wakil yang bermaksud :, Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”.(Az-Zumar:10).
Sebagai kesimpulannya, tiada masalah tanpa penyelesaiannya. Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit mempunyai penawarnya. Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah dan sebagai jalan menuju bahagia. Ingatlah janji Allah di dalamsurah Al-Insyirah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.

01 August 2011

SEMANGAT 2011

Assalamualaikum wbt

Tahun 2011… byk benda yg berlaku…segalanya berlaku dgn pantas…
Dri Jan 2011 hingga Mac 2011, aku bz sgt..bz wat preparation for my wedding…

Aku la jd planner,ak la jd runner, ak la jd tailor, ak la jd designer… senang kate, smua bnda la ak nk wat sndri…(gila pangkat tol aku ni)

Bermula dgn memilih2 busana smpila ke design dan akhirnya jahit manik…ak buat sndri.. tp jahit bju, ak anta tempah kat mak uji..kalo jahit sndr, ak kena cuti kawen 2 bulan..sbb nk wat mcm2 keje..hahahaha….

Akhirnya, pda 2 April 2011, ak selamat diijabkabulkan dgn kawan baik ak,Mohd Zahid... yg mane,smua kwn2 sperjuangan ak kt UUM tau,ak ngan Zahid ni kawan baik..kawan sepak2..x sngka,last skali ak dgn dia jd suami isteri...tp dlm dunia ni,xde yg mustahil..sbb Allah dah susun semuanya dgn teratur.

Majlis nikah buat kat umah..meriah giler la..sbb ramai yg dtg.. Majlis resepsi plak buat kat dewan bankuet MBSA…yg ni lg la meriah... hepi sgt sbb ramai sanak saudara n kawan2 yg dtg..

        **********Layan dlu pix2 ni***********
* 3 stoogers yg mmg xleh blah *

* Waktu khutbah disampaikan...lawak btol sbb msing2 kena usik,baik tok kadi,baik pengantin..same je*

* kasihnya ibu....membawa ke syurga*

* kasinya ayah, sanggupkah berpisah *



* Officially as HUSBAND & WIFE *

* Family yg slalu ade dia saat susah & senang, Luv u ols..muahhhxxx *

* Tasabo nak tggu yg tgh2 tu pnye turn plak...huhuhuhuh*
* My NEW FAMILY....Tq for everything ols *


********************** RECEPTION************************


* Cousin2 lelaki yg mmg sempoi habis...ak pun kena cekik time ni... *

* Cousin2 pompuan yg sensitif dgn lense...asal nmpk kamera je,posing...hehehehehe *




* Sempoi habis...smua pakat dok terbang... *



* Bile smua nak jd sugar glider...hahahahah *

* Thanks to mak rah yg sponsor smua arbaya dri Mekah ni.. *

* Org kuat majlis, Tq semua... *


Memories of 2010

Hurmmm…dh lame x berblog ni..idea ni trase kering sgt…dh mcm kena sedut ngan kalsium klorida kontang..huk3…
Tahun 2010 byk memori dan kisah2 hidup ak yg xdpt ak lupakan….  Suka+duka+kecewa+sedih+gembira…smuanye ada…

Mac …
6 Mac 2010, Keluarga Zahid dtg ke rumah…utk sesi risik merisik… waktu ni kami bru duk bercinta 6 bulan..walaupon kami dh kenal dekat 5 tahun…permulaan yg ckup bahagia dan segalanya berjalan sprt yg telah diatur olehNYA…

Julai….
10 Julai 2010, Ak telah ditunangkan dgn Mohd Zahid….Majlis Pertunangan yg sgt meriah…ramai yg dtg..sanak saudara,keluarga,jiran tetangga… Alhamdulillah..segalanya setel tnpa ada sbrg masalah….

November…
16 Nov 2010, Atok ak telah kembali ke rahmatullah… setelah lebih sebulan arwah terlantar sakit..akhirnya dia pergi bertemu Penciptanya…
**Allahuakbar, besar sungguh kuasa-Mu Ya Allah, menghidupkan dan mematikan manusia tanpa ada tercepat @ terlewat walau sesaat pun…**

21 Nov 2010, sekali lagi,berlakunya musibah ke atas keluarga aku… Pada tarikh ni, kami sekeluarga pergi ke PERAK utk menghantar Mak…dlm perjalanan pulang, kereta kami telah terlibat dgn kemalangan jalan raya…Alhamdulillah..semuanya selamat…
Cuma aku…..
Cuma aku yg terkejut dgn kemalangan ni… Kesan dri kemalangan tersbt, ak disahkan mengalami Trauma…sgguh ak x ingat ape2..melainkan ingatan aku sewaktu berumur 5 tahun… puas ahli keluarga aku berikhtiar sana sini utk mengubatiku…. Ak yg dulunya periang,menjdi pendiam..smua org disekeliling aku…ak x kenal,kecuali Mak n Abah…Tunang aku sendiri pun ak x kenal… ramai kawan2 aku yg dtg melawat,menangis dgn keadaan aku..tp aku x mampu wat pape..sbb aku x tau knapa dorg menangis…
Smua org risau psal aku…sbb lgi 4 bulan ak nak kawen..tp ak, tetap mcm tu…
Alhamdulillah, berkat usaha dan doa smua org yg dtg menziarahi ak..akhirnya ak beransur pulih…ingatan aku pun semakin hari semakin pulih…(sbb kena minum madu byk2)

**Syukur ke hadrat-Mu Illahi..kerana memberi ak peluang kedua menikmati hidup ini dan beribadah kepada-Mu Ya Allah**

*TQ sgt kpd smua yg mendoakan aku…esp,Keluarga,Saudara-mara,Jiran, Sahabat-sahabat*

**************************************************

Sekian…coretan 2010… suka duka yg xkan penah ak lupakan seumur hidup aku….

بسم الله اول والاخر

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

New Page, New Life, New Status, Same Person who getting old…
(n__________n)v

Why?? What?? When?? Who?? How??

New Page….
Why??? >>>  Sbb blog yg lame tu dh lupe password…hu3…since dah lame x bukak..sbb tu dh lupe password..page tu pon dah semak ngan sarang labah2…so,kali ni,kite pindah ke blog page yg baru…heheheh….

New Life….
What???>>> erm….nak cite pasal new life ni,x byk sgtla..sbb baru 4bulan aku memulakan lifestyle ak yg baru ni….iaitu,ak bekerja dri umah…
Ramai ckp bekerja dri umah best….tp ak ckp bosan…sbb xde kawan2 borak… kalo dh ade baby len critala…ni single mingle…so bored….tp ak x kisahla..janji ade keje..kan3…

New Status….
When???>>> 2 Ogos ni…genapla 4 bulan ak bertukar status..dri single ke double…

Who???>>> 2 April 2011, ak telah diijabkabulkan dgn kawan baik ak…MOHD ZAHID… Alhamdulillah, slama 4bulan ni,kami dpt harungi sgala ssh senang bersama…dan insyaAllah kami akan bersedia menempuh cabaran2 yg akan dtg nnt….Amin….

Same Person who getting old…
How???>>> what else I can say…everyone will getting old… so, let’s full our life wif IBADAH for bekalan to another life…